Berblog masa bekerja

on 10 March 2011

Agak tensyen bila bos ada kat opis. Dia ada je suasana kerja yang riang ria jadi serius. Sesiapa yang takde kerja, terpaksa buat-buat sibuk. Kemas sana sini, klik-klik sana sini, bukak folder sana sini.. Yang penting nampak sibuklah di mata dia. Tapi paling tak boleh blah, bila tengah taip entri masa dia ada..

Tengah taip entri bila malaun ni ada, mesti kita terganggu. Karang ada je suruh buat itu buat ini.. Lagi 1 nak elak kantoi, kita simpan dulu dalam draft tapi bila nak sambung taip, dah terlupa idea tu.. Masalah macam ni rasanya selalu jadi kat part time blogger yang bekerja. Huh sungguh cilake..

Lagi malang kalau kerja blogger tu tak melibatkan pc/lappy. Biasanya kerja outdoor macam waiter, contohnya lah.. Aku pernah jadi waiter dulu. Masa-masa bekerja tulah idea datang macam air mengalir. Tapi tak dapat nak taip.. Idea fresh yang tetiba datang yang mahal sebenarnya.. Masalahnya idea fresh ni tak boleh kita peram. Sebab bila biar lama-lama idea tu kita rasa tak best lagi atau hilang macam tu je..


Nak settlekan problem ni, aku rasa blogger kena ada PDA lah.. Sebab kalau kita fikir balik, PDA ni kita boleh guna untuk update blog tanpa dikantoi oleh bos.. Contohnya bila dia tengok kita dengan PDA, dia ingat kita tengah taip mesej ke.. Lagi 1 untuk blogger yang kerja outdoor, PDA lah satu2 nya device kita boleh bawak. Bawak je lappy? Tak risau ke lappy kena campak kat longkang?

Hm so sapa tahu PDA yang sesuai untuk blogger guna?  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...