Berebut harta

on 23 Mac 2011

Bicara pasal harta.. Biasa kalau mak ayah dia ada harta yang banyak, siapa lagi diaorang akan wasiatkan harta tu kepada anak-anak dia kan?

Tapi kalau anak ramai, lebih dari seorang, ada kemungkinan harta tu tak dibahagi sama rata. Jadi dari sini timbul rasa dengki dalam hati salah seorang anak tu. Biasanya jadi kes rebut harta pasal tu la. Hm tamak, biasala. Siapa tak rambang mata kalau dapat aset bernilai puluh ribu, ratus ribu, atau juta senang-senang macam tu je.


Yang sedihnya, pasal harta sanggup putuskan hubungan adik beradik, berkelahi, bertekak, mengumpat. Hm duit, aset.. Memang penting. Tapi bila jadi macam ni, macam mana? Berbaloi ke buat macam tu semata-mata kerana harta?

"Ah tu tanah aku!" "Wah semua aset ayah kau bolot?? Banyak cantik??" - sekadar contoh.

Hm apa kebaikkan buat gitu untuk jangka masa panjang? Harmoni/tenang ke hidup? Pahala? Dosa? Bawak ke kubur ke harta-harta tu?
  
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...