Macam mana nak improve kalau takleh terima pendapat/kritikan?

on 23 March 2011

Salah 1 cara untuk improve diri kita atau dalam apa-apa bidang kita ceburi, kena belajar menerima pendapat orang lain. Kalau pendapat yang menjatuhkan tu, kita tolak ketepi je. Tak payah ambik pusing. Tapi kalau pendapat yang membina patut kita ambik dan fikirkan. Cuma masalahnya, ego. Ego tak bertempat. Hm payah tu..

Aku bagi contoh.. Ali buat 1 design kad kahwin. Abu tengok. Bagi dia ok dah design kad kahwin tu. Tapi abu kritik sikit, design kad kahwin tu masih boleh dicantikkan lagi. Banyak lagi boleh ditambah. Boleh kasi menarik lagi. Then abu bagi cadangan idea dia. Tapi si Ali ni melenting pulak sebab dia rasa design dia buat tu dah cukup cantik, menarik dah. Tak perlu campur tangan dari orang lain. Last-last, skill ali dalam men-design tak improve pun.

Sama macam blog. Masih ada lagi yang berpegang pada prinsip "Blog aku suka hati akulah nak tulis apa, nak letak widget apa, nak font warna warni ke tak!"  Tak pun prinsip macam ni  "Ala aku buat blog suka-suka je.." tapi mengeluh kenapa trafik tak masuk, kenapa takde komen. Tapi nak improve! Macam nak improve kalau macam tu?? Ni cuma 2 contoh. Hm ada banyak lagi contoh lain..

Sebab tu aku cakap... Kalau betul nak improve, kita kena ada sikap keterbukaan dalam menerima pendapat/kritikan. Buang ego tak bertempat tu jauh-jauh! Kalau tak, memang blog berada kat takuk lama je ler..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...