Idea putus tengah jalan?? Arghh!!!

on 09 Mac 2011

Tengah-tengah menaip tu, tak pasal-pasal rasa stuck, buntu, blur. Sebab idea hilang tengah jalan! Entri dah taip separuh jalan dah ni. Ah kacau.. Memang kacau.. At the end kemungkinan kita akan save je post tu dulu ataupun ' backspace ' atau lagi teruk, terus delete! Dan terus hilang mood nak blogging. Zzzz...

Aku berani cakap, bloggers mesti pernah berdepan dengan masalah ni, betul tak? Aku tahu mesti ada punya. Hehe. Idea putus kat tengah jalan ni memang tak boleh blah lah.. Hm sebenarnya, ada banyak sebab kenapa idea putus tengah jalan.. Tengok bawah.


                                                                ++++++++++++++++++


Maklumat/isi-isi yang tak cukup - Ada yang menulis on the spot apa yang ada atau terlintas di fikiran. Semua idea-idea bernas dapat difikir on the spot masa menaip.. 

Tapi ramai yang bila nak menaip, kena fikir dulu isi atau info. Sebelum menaip, cuba check balik, cukup tak info/isi-isi untuk entri baru yang akan korang taip tu?  

Mood berubah-ubah - Ada sesetengah blogger, nak menaip kena ada mood. Mungkin korang dalam kategori ni? Kalau takda mood, jangan gatal nak update. Kita jugak yang rugi nanti. Serius! Bagi peluang kat diri untuk 'bernafas' sekejap.. 

Tak ikut kemampuan - Nak buat entri yang gempak, tapi takda pengetahuan langsung pasal apa yang nak ditaip tu. Contohnya nak buat entri pasal SEO tapi kita sendiri pun tak pernah aplikasikan SEO tu dalam blog. Hm? So menaip ikut kemampuan. Jangan fikir nak taip entri di luar kemampuan.. Serius macam bangang hasil dia wei.. Aku pernah buat dulu. Huhu..  

Ragu ragu/takut-takut : Dapat je idea, tetiba terfikir pembaca suka ke tak.. Ada yang nak baca ke? Ada ke?? Ada ke?? Ahh duk layan ragu-ragu/takut-takut tu, idea pun hilang. Mental block!!  Daun serai, daun kerabu. Tak try, macam mana nak tahu?? 
                                      
                                                                ++++++++++++++++++

Alamak aih.. Sakit perut pulok. Pergi melepas sat.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...