Kelibat Lisa Suriani

on 09 Mac 2011

Sampai je waktu lunch, aku standby lappy, sumbat dalam beg terus keluar. Dalam kepala dah terbayang ayam goreng besar penumbuk. Makin kuat perut berbunyi dek kerana imaginasi itu.

Tengah kaki ini menyusuri tepi jalan, mata aku terpaku dengan seorang wanita.. Dia berada di depan. Tinggi paras bahu aku, berkulit putih dan berambut panjang hitam dan lurus.. Dari belakang sumpah memang macam Lisa Suriani! Terdetik dalam hati apa kejadahnya Lisa turun tampin ni? Bukan ada apa-apa pun sini.


Mula-mula memang aku terasa ragu-ragu. Tapi disebabkan naluri ni kuat mengiyakan dia adalah Lisa Suriani artis wanita pujaan semua lelaki kat malaysia ni, maka aku mengambil keputusan untuk meneguri beliau. Dapat nombor dia pun dah cukup.. Cukup untuk aku menganjing semua lelaki kat malaysia ni! Terutamanya Zack dengan Ariff! Biar diaorang jeles!

Aku jerit "Lisaaa!!!" sambil terkedek-kedek berlari ke arah dia.

"Ya? Awak panggil saya?"

"Eh alamak aih??" sambil aku tepuk dahi.


"Binawe!! Maknyah sial!!"

Terus aku cabut! Takkan nak tercegat lagi kat situ????
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...