Skebis

on 09 March 2011

Mak aih.. Kotor office ni. Lagi-lagi kat tempat kerja grafik designer.. Botol minum bersepah, lantai berpasir, buku tak tersusun, berhabuk. Ush aku ingat bila free nanti nak kasi kemaslah ini tempat. Kebersihan nak kena jaga. Lagi 1 bekerja dalam keadaan macam ni, susah kot nak fokus..

Sebut pasal kebersihan ni, teringat masa aku study dulu. Disebabkan semua penghuni hostel pemalas, tak jaga kebersihan, kutu "Skebis" datang menyerang. Benda alah ni macam kutu, tapi lagi halus dari kutu. Mata kasar memang tak boleh nampak. Sekali benda ni gigit, memang gatal-gatal dibuatnya. Bila garu, makin gatal.. Kutu "skebis" ni suka kat persekitaran yang kotor, macam aku cakap kat atas.


Aku kena gigit kat 'bumper' dulu, pastu baru merebak kat seluruh badan. Itu jam sumpah seksa.. Sebabkan gatal, pukul 6 pagi baru dapat tidur. Hari hari! Dekat 2 bulan jugak aku dengan memember merana. Ubat dia, ada 1 krim sapu khas tapi sekadar letak ubat tak cukup. Kena bersihkan persekitaran. Cadar tilam, baju seluar semua kena rebus.. Kutu "Skebis" mati bila kena air panas je.

So pada yang tinggal kat hostel atau rumah sewa ke, rajin-rajinlah mengemas. Jangan malas-malas. Jangan harapkan ada orang tolong bersihkan persekitaran rumah tu.. Kalau kutu "Skebis" ni datang serang, hah itu jam baru lu tahu azab dia..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...