Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing

on 09 Mac 2011

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan. Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut - Kosmo

Mak aih.. Akaun facebook untuk anjing? Nanti mesti ada akaun facebook untuk kambing, gajah, sesumpah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...