Aku benci blogger tu!! Pasal dia berlagak!!

on 08 March 2011

"Jeles jeles jeles!! Aku jeles dengan blogger itu!! Jeles sampai naik menyampah dah!! Pasal dia berlagak!!" - Dalam hati aku apa lah bingai sangat..

Siapa punya statement ni?? Biasalah orang macam ni.. Tahu nak hentam kat ruangan komen je.. Tapi takut letak link blog.. Lepas tu komen sebagai anonymous.. Duh.

Cemburu ni penting sebenarya.. Memang penting. Cuma yang jadi persoalan, betul atau tak kita tempatkan rasa cemburu tu? Kalau kita tengok statement kat atas tu, sebabkan dah benci dia memfitnah pulak.. Lepas tu sebar kat orang lain.. Bayangkan kalau dia sebar apa dia rasa tu kat 10 blogger lain pulak.. Akibat dia bermulalah sesi hentam-menghentam, kutuk maki hamun sana sini.. Hal macam ni mesti berlaku punya walaupun dia tak letak link blog..

Actually, dapat apa eh buat macam tu? Kenapa tak jadikan cemburu tu sebagai semangat untuk majukan diri kita? Jadikan cemburu untuk bangkitkan rasa benci, serius tak berbaloi.. Dapat dosa adalah.. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...