Akhirnya nak cerita apa kat pembaca ni??

on 08 Mac 2011

Dalam usaha nak tarik trafik, nak dapatkan pembaca, persoalan ni mesti timbul. Persoalan yang jadi salah 1 sebab kenapa sesetengah blogger buntu, takda idea. Ni dari apa yang aku dah rasa sebelum ni.. Hm akhirnya nak cerita apa kat pembaca ni??

Tips/tutorial??

Dunia hiburan??

Isu semasa??

Isu negara??

Motivasi??

Something yang kelakar??

Jenis-jenis entri macam ni ialah apa yang kita dan pembaca suka.. So pilih mana yang sesuai bagi korang. Cuma setiap apa yang aku listkan kat atas tu, ada pro dan kontra dia. Terutama dunia hiburan dengan isu negara tu.. Hati-hati kalau nak cerita pasal 2 benda ni.. Takda dalil dan fakta yang betul-betul sah janganler gatal nak cerita pasal 2 benda ni.. Silap tulis, boleh kena saman atau ke lokap perginya oi.. Jangan cari pasal..

Tapi kan, dalam 6 jenis entri yang aku listkan tu, sebenarnya idea dia ada limit. Tak selalu kita boleh dapat idea tentang 6 jenis entri tu.. Cuma ada 1 jenis entri je yang takkan stop pengaliran idea dia.. Ramai yang tak perasan pasal ni. Aku tak listkan kat situ sebab aku nak korang fikir.

Tak dapat jawapan? Cuba fikir betul-betul..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...