Takut/kecewa/keliru dengan blog sendiri?

on 08 March 2011

Lambakan info pasal blog ni terlalu banyak. Contohnya tips pasal entri. Untuk yang nak majukan blog, memang sentiasa tercari-cari info macam ni. Satu-satu tips pasal entri kita guna pakai dan bila tips tu tak berkesan, "Er, apa aku buat ni?" - at the end mesti timbul soalan ni.

Senang cerita, kita kecewa, keliru atau buntu. Antara 3 ni je. Bila kita keliru/buntu/kecewa maka kita akan kering idea, atau takut nak post entri baru. Sebab takut gagal, takut takda orang nak baca.

Tapi takut gagal sampai bila? Sampai bila nak takut? Update je.. Tu je jalan dia. Mana ada benda kita nak atau buat dalam dunia ni terus jadi atau dapat? Kan? Slow-slow 'layan'.. Lagi 1 cuba fikir macam ni, kita bukan menaip untuk pembaca. Tapi kita menaip sebab nak berkongsi dengan pembaca. Mudah-mudahan hilang rasa tensyen/kecewa/keliru tu..

Kesimpulan dia, buang jauh-jauh perasaan negatif tu. Takda faedah pun kita dapat. Kalau tak, uh tak bergeraklah kita oi..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...