Kalau aku jadi perempuan

on 04 March 2011

Ok aku tahu mungkin korang anggap aku dah mereng kalau tengok tajuk entri ni. Tah hapa semangat tah merasuk aku sekaligus menggerakkan aku untuk buat entri ni. 1 lagi entri merepek dari  blog akid azami.

Agak-agak tekak tu dah rasa mual, jangan baca! Nanti muntah depan pc/lappy tu. Rosak padan muka.

Ok kita teruskan. Kalau aku perempuan..


                                                                 +++++++++++++++++


Nama unik : Kiranya aku tak nak ada nama lain yang unik dari aku. So secara tak langsung aku akan dicop 'one in million' atau 'perempuan melayu terakhir'. Korang tahu tahu jelah, bila sesuatu yang harmoni tu ada secebis yang kontra, maka kita akan lebih tumpu pada yang kontra tu. Ini fakta.

So sini aku dah fikir beberapa nama yang best : Yuka qistina fira saifira, Fin farhana sabdiah syakila, Isharna fir sakura danish. Mana yang best? Hehehe.


Rampas takhta : Even chef wan/chef ismail tu sekarang keluar kat tv masa-masa nak dekat raya je, profession memasak malaysia masih digondol diaorang ni. Jadi aku sebagai perempuan akan rampas balik takhta raja dapur ni yang sepatutnya milik perempuan.




Ding dang ding dang.. Alexander!
 
Bab usha meng-usha : 1 yang aku perasan sesetengah lelaki sekarang ni approach perempuan dalam bahasa inggeris. Bajet macho dan maskulin ah. Contohnya "Hey sweetie.." sambil tiru gaya tom cruise tanggal spek mata hitam dalam mission impossible. Tak boleh ini macam... Kalau aku perempuan tu :

Jantan : Hey sweetie.. Where to?
Aku     : Assalamualaikum.. Awak tahu tak beza orang kita dengan orang putih?
Jantan : Pardon me? I don't know. Ahaks! 
Aku     : Salah.. Kita ada bahasa sendiri tapi tak pernah agungkan bahasa sendiri. Manjang speaking je. Lagi 1 kita tahu ucap 'assalamualaikum' tapi diaorang tak tahu..
Jantan : Er heheh .. Sebenarnya.. (malu dah)

 

                                                                ++++++++++++++++++


Kalau dapat jadi Pm : Ok penampilan, nama, perangai dah tiptop. Apa lagi eh? Ha manalah tahu tiba-tiba aku dalam versi perempuan ni nak join bab politik.. Dapat pulak peluang jadi next Pm lepas Najib. Dapat je jadi Pm aku nak haramkanla bersentuh-sentuhan dengan bukan mahram dalam drama dengan filem.

Kenapa eh? Kenapa nak haramkan?



Sebab drama dengan filem cintan cintun nilah salah 1 sumber yang berjaya brainwash remaja-remaja sekarang ni (bukan semua). Sebab tulah kalau couple je mesti nak pegang-pegang tangang, kiss kiss sedikit.. Bila nafsu dah kuasa diri lepas 9 bulan je mesti kes buang bayi terpampang kat muka depan suratkhabar. Kemungkinan besar boleh jadi.


Rupa : Eh asyik membebel bab ciri-ciri je. Macam mana pulak gambaran rupa kalau lelaki jadi perempuan? Curios jugak ni. Jom kita tengok!








TING!!





...............



...............




Eh taknak lah jadi perempuan. Tak best.

                                                                       ++++++++++++++++++

P/s : Entri ni sekadar suka-suka. Tak berniat pun nak memburukkan golongan-golongan nyah luar sana.

P/s : Aku baru tahu ada g-string untuk lelaki.. Tolonglah woi!!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...