Menyebarkan kesedaran tapi dalam masa yang sama mengaibkan

on 22 March 2011

Niat nak sebarkan kesedaran tu bagus, tapi kadang-kadang kita tak sedar apa kita buat tu, bertukar kepada mengaibkan atas tujuan tertentu. Banyak yang aku tengok macam ni.

Contohnya ada orang curi barang kita. Kita dah tahu siapa curi then kita sebarkan kat kawan pasal dia. Niat pada mula nak ingatkan kawan jangan ikut perangai pencuri tu tapi bila ada kawan mula mengutuk, atau jadikan pencuri bahan untuk perli then kita pun ikut sama, maka ia jadi 1 pengaiban. Tujuan sebenar kita bercerita kat kawan pasal pencuri tu dah menyimpang. Ok.. Ni 1 contoh.

Macam tu jugak dengan dunia blog. Hm banyak sangat.. Lagi-lagi ada beberapa isu panas muncul kebelakangan ni. Tak payah cakap siapa tapi sebelum utarakan satu-satu isu tu, cuba fikir betul-betul apa yang kita nak sampaikan kepada pembaca. Cuba fikirkan dari pendapat kita tu, respon yang macam mana akan keluar dari pembaca. Jangan sekadar pikir main isu panas trafik blog mencanak, dosa tolak ketepi!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...