Rembau, hormat, masa

on 11 March 2011

Baru balik dari rembau.. Ada 1 sekolah ni, tempah majalah sekolah. Diaorang punya majalah sekolah dah siap dan dengan arahan bos, terpaksa aku jadi pencacai hantar menatang ni. Nak tak nak terpaksa aku tinggalkan blog ni dengan tak berupdate pagi tadi. Huh..

On the way nak ke sekolah tu, mata ni terpandang kat 1 signboard. "Bongek 1km di hadapan" dengan "Kampung Penajis".. Kejadah apa tempat nama Bongek dengan Kampung Penajis?

Sampai je sekolah tu, cikgu yang sepatutnya menyambut kedatangan aku tak muncul-muncul.. Call punya call dia tak jawap.. Dah tu hujan pulak.. Option yang tinggal, perapkan diri dalam kereta. Dekat 40 minit terperap dalam kereta tu. Dalam hati aku "Siol..Bazir masa betullah.."  

Bukan apa, hormatlah sikit masa orang lain ye tak? Katakanlah korang kena macam ni : Kawan ajak lepak dalam pukul 1. Dia yang janji pukul 1 tapi korang sampai dulu. Lepas tu korang kena tunggu dia pulak. Tak ke macam cilake? Time is issue, time is money. Kalau orang otak bisnes dia akan cakap "1 saat aku bersamaan dengan 1 hinggit!"

Hormat, hormat, hormat.. Ramai yang tahu cakap je, tapi haram nak faham maksud dia. Common senselah sedikit.. Bukan susah mana pun..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...