Segmen Ben Ashaari : Aku memang gila trafik! So what??

on 02 March 2011



Cakap pasal mati ni, member aku, kamarul pernah cerita kat aku pasal 1 kematian yang menginsafkan. Bukan pasal mati eksiden sebab mabuk ke apa ke. Tapi pasal member dia yang meninggal depan mata dia sendiri. Member dia ni, ada sejenis penyakit.. Penyakit apa aku tak ingat tapi disebabkan penyakit dia tu, dia memang selalu kena pergi hospital buat check-up dan untuk stock balik ubat-ubat dia.

1 hari tu, kamarul ni datang melawat dia kat rumah. Kamarul ni tanya dia  :

"Kau kena makan ubat yang mana 1? Banyak gila ni"

"Tu.. Yang warna kuning tu. Pahit gilalah ubat tu..."

"Alah makan jelah..."

Baru je si kamarul nak hulur ubat tu kat member dia, tiba-tiba je member dia jatuh dari kerusi. Check nadi, dah takda denyutan dah...

Dari situ aku terfikir, even kita menyorok atau lari sejauh mana sekalipun, kematian tu tetap akan dapatkan kita. Kematian takkan gagal. Kalau hari ni dia kata 'mati', ia pasti berlaku.. Apa yang merisaukan, andai katalah sampai seru ajal, tapi masa tu kita tengah buat dosa (kutuk, memaki, mengumpat dan sebagainya..) sempat ke nak bertaubat masa tu? Sempat ke nak mintak maaf dengan orang yang kita dah sakitkan hati dia? Sempat? Tak sempat jack...

Jadi elakkanlah buat sesuatu yang berdosa dalam hidup kita sehari-hari ni.. Kita takkan tahu, mungkin lepas kita settle taip entri, tiba-tiba je pandangan kita jadi gelap. Bila sedar, tahu-tahu je malaikat tengah bertanya soalan kat kita.. So elakkanlah..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...