Tak habis-habis menghentam tak guna akal

on 21 March 2011

Tengah buat kerja ni aku sempat mengular kejap, merayau-rayau ke blog kengkawan. Sekali terjumpa 1 entri ni. Pasal 1 blogger ni kena hentam dengan blogger yang.., aku rasa dia jeles la kot. Alasan yang diguna pun tak masuk akal bagi aku. Mengarut. Tengok bawah.

Menggunakan blogger popular sebagai batu loncatan untuk popular
Ah ni alasan paling tipikal sekali. Jenis tak fikir, tengok sekali lepas tu terus nak hentam. Kenapa tak tengok dulu dari segi hubungan antara blogger popular dengan blogger tu? 

Entri takde info/ilmiah
Entri ni ada macam-macam jenis. Setiap entri dari satu-satu blog tu hasil buah fikiran/kreativiti blogger tu sendiri. Blogger tu sendiri yang mencorakkan entri kat blog dia. Maknanya terletaklah pada blogger tu nak buat entri jenis apa sekalipun. Selagi entri tu bukan menghentam, memaki, mengkritik tak guna akal fikiran oklah kan? Kenapa nak bz body? Blog bukan buku rujukan. Semua entri nak kena ada ilmiah/info.

Show off trafik yang sekangkang kera
Yang ni pun selalu sangat jadi. Ramai blogger kena serang pasal letak statistik trafik. Alasan dia, show off. Sebelum nak cakap blogger tu show off trafik, kenapa tak baca habis dan fahamkan betul-betul entri tu? Ada ke ayat dalam entri tu yang menunjukkan blogger tu memang nak menunjuk? Kenapa tak fikir dulu kenapa blogger tu published entri pasal trafik blog dia?

Actually kalau kita tengok blogger-blogger yang kena hentam, alasan dia mesti sama dan mengarut. Tah hape-hape. Kesimpulan dia, jangan kita amalkan sikap short minded. Buanglah jauh-jauh perangai tu kalau ada. Kepada kaki menghentam tu, apa yang korang buat tu berbalik pada niat korang berblogging. Cuba fikir balik, apa tujuan korang berblogging? Best ke nak blogging bila jadi macam ni? Best ke?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...