Tapi walaupun bebas, masih ada batas dia. Bukan main hentam keromo je. Bukan main ikut emosi je. Bukan main suka-suka je. Lagi-lagi kalau kita dedahkan blog kita pada umum. Kita kena tahu batas dalam bercerita. Sebab setiap individu yang membaca entri kita, persepsi, cara pemikiran, cara mereka mentafsir maklumat berbeza. Kalau kita salah bercerita..
Salah cerita, kita akan jadi punca perbalahan. Salah cerita, kita mungkin mengaibkan seseorang. Salah cerita, kita mungkin memfitnah. Salah cerita, kita berdosa dan pembaca yang baca pun sama dapat dosa.
Paling teruk, kita dan pembaca sebarkan entri tu.. Siapa yang berdosa besar bila jadi macam tu? Kita! Sebab kitalah yang menaip entri tu.. Inilah yang sepatutnya kita elakkan. Dengan berblog ni pun kita boleh dapat pahala jugak tapi kalau buat tambah dosa, baik tak payah berblog.. Hm fikir-fikirkan..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan