Yang kita annoying part 2

on 20 April 2011

Legasi yang kita annoying diteruskan lagi. Zazzzz

  • Bercakap tapi pandang tempat lain : Serius ini SANGAT annoying. Mungkin pernah jadi pada kau? Katakanlah member kau mintak kau tapaukan makanan, dia hulur duit tapi pandang tempat lain. Serius macam takde rasa hormat disitu. Seolah-olah macam kau kuli batak dia. Seolah-olah muka kau hodoh untuk dipandang. Kalau kau pernah kena cuba kau buat balik kat dia, tengok dia rasa annoying ke tak?
  • Korek hidung : Tak salah pun aktiviti ni. Semua orang korek hidung.Tapi apa kau rasa bila kau nampak aktiviti korek hidung kat kedai makan tika korang tengah makan? Atau di depan korang mungkin. Tak cukup dengan tu, tahi hidung tu digentel-gentel, diuli-uli dengan jejari sehingga menjadi bulat umpama tepung roti canai. Lepas tu dijentik ke seluruh pelusuk cakerawala tanpa belas kasihan.. Tanpa memikirkan siapa mangsa jentikan itu. Arghh SANGAT annoying!
  • Kentut : Ni lagi 1. Mungkin kau pernah mengalaminya. Sedang sedap kau layan blues kat taman ke, atau duduk kat mana-mana tempat yang ada tempat duduk, tiba-tiba orang sebelah kau : "Prooooottt..." Ok mungkin tak sengajalah sebab gas toksik tu kalau nak keluar memang kita tak dapat halang. Tapi yang annoying bila si pengkentut buat muka selamba je. Tak mintak maaf langsung. Kalau kau tergolong dalam golongan macam ni, 1 je ayat aku : Sila kentut dengan penuh mesra, berhemah dan betul boleh?
  • Bisnes strategi : Kau tengok iklan kat flyers, kat tibi ada menu baru dari beberapa restoran fastfood yang terkenal. Contohnya burger. Kat iklan punyalah gedabak besar burger tu tapi bila kau beli pasti kau tertanya - "Ni burger ke biskut??"  Rupanya kecik je burger tu. Kanina.. Ini macam ramli burger lagi bestla!
  • Kaunter kat restorang fastfood : Masih lagi berkenaan restoran fastfood. Pernahkah kau alami kejadian ini? Kaunter kat restoran fasfood tu ada 3 tapi yang bukak 1 jer. Dah kau kena beratur panjang.. Ramai pulak tu! Nama je restoran fastfood tapi tak FAST pun. Ya ya.. SANGAT annoying.
Apa lagi eh yang tak di-listkan? Ada yang nak tambah?
    Ranking: 5

    { 0 ulasan... read them below or add one }

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...