1MY tak babit wang awam : PM

on 21 April 2011

IPOH: Datuk Seri Najib Razak semalam membidas pengkritik Projek E-mel 1Malaysia (1MY) dengan menegaskan rakyat negara ini bebas menentukan sendiri sama ada mahu menyertai projek itu atau sebaliknya.

"Ia inisiatif sektor swasta sepenuhnya, tak membabitkan wang awam, jadi saya tidak nampak mengapa ia menjadi isu besar, ia sukarela, jika anda tidak mahu sertainya, tak perlu sertai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di sini, semalam.

Beliau mengulas kritikan berterusan pemimpin pembangkang walaupun Perdana Menteri dalam Twitternya semalam menjelaskan 1MY yang tersenarai antara tujuh projek baru ETP adalah inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela," kata Najib dalam Twitternya itu - Berita harian

Hm pendapat aku, benda ni bukan big deal pun.. Nak guna, guna. Taknak sudah. Agak pelik jugak bila isu ni jadi isu besar.. Lagi 1, siapa yang kata projek ni guna duit awam, korang confirm ke?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...