Susah nak menghormati

on 22 April 2011

Arghh.. Bz lagi harini. Nak taip entri pun tak sempat sebab kena buat kerja kat pc. Kalau buat kat lappy aku ni, mahu 2-3 entri dah. Yang aku dapat buat pun cuma refresh-refresh dashboard je untuk tengok entri baru korang. Waaa sedih..

Tadi masa aku buat kerja, adalah 1 benda ni yang aku memang tak tahu. So aku tanya senior staff. Nak tahu dia respon apa pertanyaan aku tu? "Kau ni.. Bodoh ar.." Kalau korang kena (dengan kerja banyak macam tu), panas tak? Mesti panas punya! Aku bukan apa, nanti kalau silap aku jugak kena bambu. Jadi baik aku tanya la kan? 1 soalan je pun.. Bukan 10. Ciss..

Hormat.. Bukan takat dalam situasi aku tu je, tapi rata-rata aku tengok orang kita ni, susah betul nak amalkan sikap hormat-menghormati. Bila rasa hormat tu takde, maka memang senanglah jadinya pergaduhan tu semua. Nak orang hormat kita, tapi kita sendiri tak hormat orang. Macam mana tu?

Orang takkan senang-senang hormat kita macam tu je melainkan kita buat benda yang sama. Nak orang hormat kita, hormat mereka dulu. Susah ke hormat lain orang lain dulu? Tak susah.. Kalau ego tak bertempat tu dibuang jauh-jauh..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...