Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, berkata pelanggan terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi, tetapi tidak mendapat keistimewaan sepatutnya kerana ia turut mengandungi iklan yang mengganggu rancangan.
Sebagai stesen televisyen berbayar yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan, katanya, ASTRO mengutip sebanyak RM2.7 bilion hasil pengiklanan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka mencecah RM3 bilion tahun ini.
"Pelanggan melanggan perkhidmatan dengan membuat bayaran bulanan kepada ASTRO, namun dengan jumlah iklan dilihat keterlaluan, ia membuatkan pengguna tidak selesa.
"Jadi, selama mana kita boleh membenarkan televisyen berbayar terus menyiarkan iklan, sedangkan kita bukan membayar untuk menonton iklan," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam - Berita harian
Perghh hampir RM3 bilion tu.. Actually iklan tv ni, kalu untuk siaran tv percuma tu kira okla iklan banyak-banyak. Macam tv3 tu. Sebab dengan duit dari iklan tu je sumber pendapatan diaorang. Tapi kalau Astro ni yang nak kena bayar untuk siaran dia, rasanya melampaulah ada banyak iklan.. Kalau sikit takpe la jugak..
Tapi lepas ni penggunan Astro tak perlu risau lagi. Astro dah kena sound..
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan