Yang kita annoying part 3

on 27 April 2011

Legasi yang kita annoying diteruskan lagi. Zasss! Layan!

  • Menjerit, cakap kuat-kuat dalam bas : Ini serius annoying. Kau pernah alami? Kita dalam keadaan penat baru balik kerja/merayau, nak rilekkan fikiran dalam bas sekejap tak pasal-pasal ada 2,3 orang bagero (lelaki/perempuan) duk menjerit-jerit, cakap kuat-kuat dalam bas. Kanina.. Hormatlah penumpang lain. Bas tu kan pengangkutan awam. Bukan milik sendirian berhad!
  • Tandas : Bayangkan situasi ni - Kau dah tak tahan nak terkucil/nak melepas. Ada 5 jamban dalam tandas tu. 4 daripadanya ada orang kat dalam. Tinggal 1 je kosong tapi bila kau tolak pintu tu, ada pulak underwear, taik tak flush, sisa-sisa cebok bersepah kat lantai.. Tapi kau dah tak tahan dah ni! Apa kau akan buat masa tu? Op! Jangan cakap! Aku faham memang annoying..
  • ACM kacau daun : Belum habis persembahan peserta maharaja lawak, tetiba ACM keluar.. Tiap-tiap peserta dia buat macam tu! Serius kacau daun! Bukan je menjejaskan kualiti persembahan peserta, konsentrasi yang menonton pun terganggu.. Serius annoying!
  • Lawak hampeh a.k.a loyar buruk : "Eh nak makan kat mana ha? Perut dah berbunyik ni"  Member kau jawap : "Makan kat mulut la!" - Kau pernah kena? 
  • Takde connection : Bila dah siap taip entri, kau klik published tetiba keluar mesej web page cannot be displayed. Connection terputus. Kau nak connect balik tak dapat. Signal pulak hilang. Fuuuuu!!!

Memang annoying.. Ada apa-apa korang nak tambah? 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...