4 cadangan pelbagaikan entri

on 09 Mei 2011

Kepelbagaian entri ni penting. Pasai apa penting? Aku ada cerita kat entri semalam. Sila geledah. Apa malas? Dah agak dah. Keh keh.. Nak tahu sini picit!  Klik link tu dulu baru baca bawah ni.

Dah baca? Faham eh? Tapi masalahnya nak cerita apa?? Takkan asyik buat entri personal je?? Tu sebab aku taip entri ni. Kat bawah ni ada 4 cadangan entri yang kau boleh guna untuk pelbagaikan entri blog kau.

Pendapat 

Paling senang. Entri berbentuk pendapat ni, kita perlukan 1 isu lepas tu kita bagi pendapat kita. Tapi nak cari isu yang best susah sikit. Kena bukak mata luas-luas.

Pendapat tu mesti ikhlas, bernas dan mesej dia sampai ke hati dengan fikiran pembaca. Baru cantikk.. Tapi elakkan bagi pendapat berunsur provoke lagi-lagi kalau nak bagi pendapat pasal dunia blog. Kalau kita tengok sebab dunia blog kucar kacir pasal pendapat macam tula.

Perbincangan

Yang ni lebih kurang sama dengan jenis pendapat. Tapi beza dia kat sini, kau ajak pembaca keluarkan pendapat diaorang dan dari pendapat tu, kau dengan pembaca berdebat untuk capai 1 konklusi.

Kalau tepat isu yang kau ketengahkan, boleh meletuplah ruang komen blog kau. Tu belum kira lagi kalau ada yang buat entri balas. Contohnya : Isu shawl, kecantikkan, hukum dalam islam - Ni contoh ok! Tapi tapi tapi.. Sila kawal emosi. Kalau tak, kau ingat kau dah bagi pendapat tapi sebenarnya kutukan.

Lawak

Aku rasa dalam banyak-banyak jenis entri, ni paling susah! Sebab bukan semua orang born with sense of humor. Jadi kalau kau ada sifat ni, gunakan sebaik mungkin untuk entri.. Kalau takda tu, kena brainstorming ar skit. Entri jenis lawak aku tengok memang boleh kasi blog meletop! 

Tips/tutorial 

Apa-apa je yang kau tahu tak kiralah pasal blog ke, makeup ke hape ke, bolehlah buat entri ni. TAPI!

Make sure tips/tuto dari apa yang kau dah buat atau dah rasa sendiri. Sebabnya, kalau blogger ada masalah bila guna tips/tuto kau, kau tahulah macam mana nak tolong diaorang.


*Dah tahu macam mana nak pelbagaikan entri kan? Ha apa lagi? Pergilah update blog!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...