Ah normal lah kalau keluarga bergaduh ni..

on 09 May 2011

Baru lepas layan sinetron cerita indon tak hape tah nama dia. Aku sebenarnya tak minat cerekarama macam ni sebab jalan cerita yang lebih kurang macam cerita mexico, yang top kat NTV7 dulu. Konflik konflik konflik tak habis-habis sampai beratus2 episod jadinya drama tu! Tapi pasal dah bosan, layan jelah. Awek cun pun ada dalam tu. Keh keh..

Tapi 1 part yang aku suka dalam cerita-cerita macam ni sebab menunjukkan realiti yang berlaku dalam kehidupan berkeluarga. Konflik then bergaduh sesama sendiri.

"Ah normal lah kalau keluarga bergaduh ni.." - Ada yang kata gitu tapi yeke normal??

Kalau normal, takkanlah anak-anak yang jadi mangsa pergaduhan terjebak dengan masalah sosial. Kalau normal, takdelah berlaku kes cerai, keluarga kucar kacir, ahli keluarga tak sebulu sesama sendiri. Kan? Normal ke kalau dah gitu rupanya?


*Selagi ego, pentingkan diri, tak memahami wujud dalam diri, selagi tulah masalah keluarga terus berlaku
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...