Tips pemakanan sihat di restoran

on 09 Mei 2011

Adakah kau main balun makan bila makan kat restoran? Kalau betul kau main balun je, kesihatan boleh terjejas tahu. So kalau nak jaga kesihatan tu, ikut tips dari Dr.Metro ni  :

Pilih menu secara berhati-hati

Berikan tumpuan kepada senarai maklumat menu itu. Label-label seperti goreng, rangup, penuh keju, Alfredo, au gratin atau sos krim biasanya tinggi jumlah kalori dan sodium serta lemak tepu.

Pilih hidangan yang mempunyai banyak sayur-sayuran dan ambil ayam atau daging yang kurang bahagian lemak.

Minum banyak air kosong

Minuman berkarbonat mempunyai 425 kalori, jumlah yang amat tinggi dalam pengambilan kalori seharian. Kurangkan minuman berkarbonat.

Jika tidak gemar minum air kosong, cuba tambahkan dengan titisan lemon atau menukarkannya dengan teh kurang atau tanpa gula.

Makan secara berhemah

Berikan perhatian terhadap makanan anda dan nikmati satu demi satu. Kunyah perlahan-lahan dan jangan makan secara tergesa-gesa. Makan secara tenang dapat memudahkan penghadaman dan membuatkan kita rasa lebih kenyang - Metro



*Actually bagi aku, semua makanan ada side effect.. Tapi kalau kita jaga pemakanan, dapatlah kurangkan side effect tu.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...