Maybank vs maybonuk

on 09 May 2011

BANDAR BARU BANGI: Taktik along mempengaruhi orang ramai supaya membuat pinjaman kewangan dengan mereka tidak pernah ‘padam’ termasuk yang terbaru meniru logo sebuah bank terkemuka di negara ini.

Selain menggantung poster bertajuk “pinjaman wang berlesen” atau “pinjam tanpa penjamin, blacklist (senarai hitam) pun boleh”, mereka membuat promosi terbaru dengan memasang poster “Maybonuk”, di sekitar kawasan strategik di daerah ini.

Iklan terbabit juga meniru warna dan mengalihkan beberapa huruf dari ejaan sebenar bank terkemuka itu, selain mempamerkan kiraan bayaran bulanan yang perlu ditanggung peminjam bagi menarik perhatian.

Pada poster terbabit, juga dicatatkan jumlah pinjaman serendah RM10,000 dan setinggi RM200,000 dengan bayaran ansuran sehingga tiga tahun selain mengenakan caj yang murah bagi meraih pelanggan - Berita harian

Ni semua bisnes strategy. Ceh.. Kalau nak buat pinjaman pergi Maybank ye.. Bukan Maybonuk. Kalau tak dapat bayar nanti tak pasal-pasal je kau hilang tangan dengan kaki
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...