Apsal lelaki buat baik perempun syak bukan-bukan jugak?

on 17 May 2011

Pakwe : Yang, banyak barang awak bawak tu. Meh saya tolong bawakan eh?

Awek : Ai, tetiba je awak ni? Nah..

Tengah berjalan tu..

"Cuba cakap pasal apa awak baik sangat hari ni.. Ada apa-apa lah tu?" - kata cik awek dengan muka curiga

Bila lelaki buat biasa je perempuan kata tak caring, tak perihatin. Bila lelaki buat baik pulak, perempuan syak bukan-bukan!  "Ada udang di sebalik batu karang" la,  "Ada gunting dalam laci" la.. Adeh macam! Pening lelaki!

Ok mungkin pasal banyak kes melibatkan perempuan membuatkan perempuan lebih berjaga-jaga kan? Tapi kalau lelaki tu yang dah lama kau kenal kau syak dia macam-macam, parah siut.. Lelaki tu ikhlas nak buat baik dengan mu. Nak buat hubungan yang dah tak bahagia tu kepada bahagia balik tapi niat ikhlas lelaki tu disangka buruk pulaks. Hm.. Apsal perempuan ni kuat benor syaknya?

Kalau lelaki tak boleh sabar lagi..

Kalau lelaki tak boleh sabar lagi, takut terkeluar perkataan "kita clash jela" Tak pun - "I ceraikan you dengan talak...." Haa masa ni siapa yang sentap? Tak pun jangan salahkan lelaki kalau depa dapat 'scretary' baru tanpa notis pemberitahuan! Keh keh..

Sekadar pendapat.. Pendapat korang pulak macam mana?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...