4 perkara yang kau boleh cuba buat untuk dapatkan idea

on 17 Mei 2011

Bila buat something yang memerlukan kreativiti macam berblog ni, masalah kering idea mesti timbul. Situasi normal.. Tapi meng-tensyen-kan. Ahaks!

Kat sini aku listkan apa yang kau boleh cuba buat bila kering idea. Walaupun tak menjamin boleh dapat idea atleast kita cuba jugak cari dari duduk mengeluh tak buat apa-apa. Kan? 

Perkara yang kau boleh cuba buat untuk dapatkan idea : 

Geledah forum 

Yang ni selalu aku buat. Apa yang best pasal forum ni ialah tempat perkongsian/perdebatan pendapat dari ramai user.. Jadi dari pendapat depa tu kau boleh dapat idea. Ada yang merungut bosan join forum. Rugi siut!
 
Renung masa lampau

Cer kenang balik masa lampau kau.. Mana tahu ada pengajaran atau pedoman yang boleh kau kongsi dengan pembaca. Nak kasi idea tu lagi umphh cuba kaitkan dengan sesuatu isu.

Buat aktiviti outdoor

Salah 1 sebab idea kering ialah minda letih.. Tak mampu nak tangkap/proses apa-apa idea lagi. Ubat dia, buat aktiviti outdoor. Dapat rehatkan minda tu. Asyik terperap depan pc/lappy dalam bilik je serius it's not cool. Buat je apa-apa asalkan aktiviti tu dapat bawak kau keluar dari rumah. Sambil-sambil tu, peka dengan keadaan sekeliling sebab kau boleh dapat idea dari situ. 

Doa

Semua yang baik kat atas tu bagi. Yang buruk, dari kita sendiri. Jadi bila ketandusan idea tu, doalah.
                                                                 

*Hopefully cadangan ni membantu. Jangan cepat giveup!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...