Idea hilang
Ni serius susah untuk di-elak. Biasanya idea hilang ni idea yang tetiba muncul tah dari celah mana. Then tak catit.. Bajet hardisk dalam kepala otak tu 100GB boleh simpan terus idea tu tapi sebenarnya 20GB pun tak sampai. Ahaks! Kadang-kadang tengah taip entri tetiba je blur. Sebab terlupa point atau ayat huraian point. Klempes
Gangguan masa taip entri
Tengah syok tekan-tekan butang keyboard, tetiba - "Adikkkk! Angkat kain jemurannn.. Hujan dah turunnn" Takpun -
Goyang kepala.. Goyang goyang goyang kepala goyang goyang (bunyi ringtone)
Teet!
"Baby, awat baby lama tak mesej ni.. Call pun tak.. Tak sayang i lagi ke..? Hmm" (nak kena pujuk pulak)
Dan segala macam gangguan lagi masa tengah taip entri. Bila jadi macam ni memang spoil habis! Boleh terlupa idea! Kanina!
Bz terlampau
Kadang-kadang bz terlampau sampai tak sempat mengadap blog. Biasanya pasal kerja. Masa ni blogger tensyen gila babeng. Idea ada tapi bz dengan kerja pulak. Kalau kena dengan blogger panas baran, silap cakap mahu kena sebijik buku lima kat muka siut. Jangan main gila
Bandwith broadband habis
Ni mimpi ngeri bagi blogger yang guna broadband. Bila speed broadband slow, nak bukak tetingkap new post pun kena tunggu dalam 1 minit! Bila nak share kat facebook pulak, rasanya masa nak kasi settle share entri kat 10 group blogger kau dah boleh buat 1 lagi entri dah. Masa ni kalau ada tukul, nak je tukul sampai jadi pasir broadband tu. Keh keh
Takde elektrik
Kau dah siap taip entri. Entri tu memang terbaiklah. Kau pun dah tak sabar nak tengok apa feedback kau dapat dari entri tu. Baru je nak klik publish post tetiba TUP! Blackout! Lagi bikin panas blackout sampai 3-4 jam. Perghh menggelupur!
+++++++++++
Jadi memang terbukti bukan semua best bila berblogging ni. Apa-apa pun bila bala ni kena kat kau, chill jela. Rilek sudah.. Bukan senang dapat enjoy 100% apa yang kita buat ni. Kena banyak sabar, hati kena kental.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan