Perbuatan cemar agama bercanggah ajaran islam

on 17 Mei 2011

JOHOR BAHRU: Perbuatan empat beranak berjubah putih dan berkopiah sambil melaungkan takbir sebelum menyamun menggunakan parang disifatkan boleh mencemarkan imej Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan individu berkenaan bercanggah dengan ajaran Islam selain mencemar kesucian Islam. “Islam tidak ajar begitu... Agama kita mengamalkan aman damai serta tidak ada huru-hara.

“Kita tidak ambil undang-undang sendiri, ada cara dan dakwah Islam sendiri. Berikutan itu, jangan membuat sebarang andaian kerana ia mencemarkan imej orang yang memakai jubah sedangkan yang melakukan perkara seumpama itu hanya segelintir,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kes empat beranak berperwatakan alim dengan berjubah putih dan kopiah bertukar ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, jam 1.30 tengah hari, Sabtu lalu - Metro

Sejak insiden tu, mungkin ada yang pandang serong dengan islam dengan orang berjubah. Tapi harap-harapnya depa tak fikir macam tu la sebab bukan semua buat lagu tu. Lagipun yang cetuskan insiden tu kemungkinan ada masalah mental. Mungkin. Hm..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...