Blogger baru - Jangan bandingkan blog kau dengan dia!

on 25 May 2011

Untuk blogger lama, mungkin kau dah tahu kenapa dan macam mana nak elak dari membandingkan blog kau dengan blog yang dah dikenali. Tapi bagi blogger baru mungkin tak. Bila kau mula bandingkan blog kau dengan blog dia, kemungkinan kau kecewa dengan blog kau sendiri sangat tinggi.

Kecewa dari segi apa sebenarnya ada banyak.. Contohnya dari segi penulisan dengan trafik. Cerita pasal penulisan dulu lah. Kau tengok blog yang hebat entri dia.. Then kau pun cuba buat. Kau habiskan banyak masa menaip untuk 1 entri dan kau harapkan entri tu meletup tapi bila takde komen untuk entri tu, kau kecewa.

Macam tu jugak dengan trafik. Kau kecewa trafik blog kau, tak macam sesetengah blog yang lebat trafik dia. Memang jauh berbeza!

Kesilapan kau kat sini - kau tak tahu lagi kenapa dan macam mana blog tu boleh banyak hasil yang banyak dan lebat macam tu dan kau terus buat kesimpulan! 

Eh apsal pulak aku tak boleh bandingkan blog aku dengan dia?? 

Macam aku cakap tadi, kau confirm kecewa. Bila kecewa, mood berblog boleh hilang atau kemungkinan besar, kau akan tutup blog! Takkan kau nak macam tu kan.. Hasil lebat tu sebenarnya memerlukan masa. Takkan dapat dalam tempoh sehari dua.

Aku ada cakap kat entri sebelum ni tengok hasil blog lain boleh, tapi jangan ternganga! Bukan tak boleh capai hasil lumayan macam tu tapi kau kena berpijak pada bumi yang nyata dulu. Ok?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...