Jangan cuba bermain dengan 'api'

on 08 May 2011

KUALA LUMPUR: “Saya beri peringatan... jangan cuba bermain dengan api,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung kenyataan dalam dua blog mengenai satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang bagi membincangkan agenda menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara, kelmarin.

“Saya nasihatkan supaya jangan timbulkan isu ini lagi, kita semua tahu isu sebegini sensitif dan sesiapa saja tak sepatutnya menimbulkan perkara ini.

“Isu ini serius, apa juga isu berkaitan agama jika tidak dibawa ketengah dengan cara betul, ia akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam"


“Jika mereka terus memainkan isu ini, kita (polis) akan ambil tindakan,”- Metro

Peringatan ni. Siapa yang main isu ni dalam blog hentikanlah kalau taknak tido dalam hotel besi walaupun apa yang kau hujahkan tu cantik isi dia. Berhenti dan jangan main gila dengan bab agama!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...