Ibu bapa mahu subjek seks diajar

on 08 Mei 2011

KUALA LUMPUR: Program Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) diperluaskan lagi berikutan kajian mendapati antara punca gejala sosial seperti seks bebas, hamil tanpa nikah dan buang anak adalah disebabkan ramai belum memahami apa sebenarnya seks.

Berikutan itu, PKRS yang bermatlamat memberi pendedahan kepada pelajar Tahun Enam dan Tingkatan Tiga selepas mereka menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kita perluaskan program ini selepas mendapati projek perintis itu mendapat maklum balas yang baik daripada ibu bapa dan sekolah - Berita harian

Mungkin betul depa ni tak paham apa kebendanya seks tu tapi bagi aku, sebenarnya lebih kepada pengaruh bahan lucah dengan apa yang dia tengok. Apa yang dia tengok tu maksud aku, keadaan sekeliling. Tahu-tahu jelah sekarang ni kalau nak tengok kapel peluk-peluk, cium-cium senang je. Even kat sini yang tak besar macam K-Hell pun, senang-senang je boleh tengok wayang free tu. So dari situ diaorang nak tahu apa rasa dia bila buat macam tu.

Ibu bapa sokong program ni 1 je sebab dia. Sebab ibu bapa terlalu bz sampai takde masa jaga anak-anak. Tapi kalau harapkan 1 pihak je handle, boleh ke atasi masalah seks bebas, hamil tanpa nikah dengan buang anak? Jawapan aku tak. Parents main peranan paling penting dalam hal ni sebenarnya.

Sekadar bagi kesedaran je memang tak cukup. Confirm masuk angin keluar asap. Kalau dapat sekat web2 lucah memang cun tapi aku rasa memang tak lah kan. So parents patut awasi anak-anak diaorang. Sebab tu aku kata tadi peranan parents paling penting dalam hal ni sebab yang dekat dengan anak-anak ni siapa lagi kalau bukan parents.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...