Lelaki cari perempuan yang tahu masak

on 08 Mei 2011

thezaila






















Aku rasa majoriti lelaki kat Malaysia ni cari perempuan yang tahu masak. Kalau lelaki kata "I terima u seadanya", aku rasa tu 1 penipuan paling hensem sekali pernah lelaki buat. Keh keh.. Aku berani kata macam tu banyak yang aku tengok macam tula.

Kalau tak tahu masak, jadilah macam kat bawah ni :

Hari ni
Isteri : Bang, kita makan luar hari ni ek?
Suami : Ok

Esok
Isteri : Honey, kita makan kat luar lagilah hari ni ek?
Suami : Ok.. Haihh... (mengeluh sambil mengeleng)

*Kalau berterusan macam ni, confirm lelaki cari lain!

Dia sebenarnya macam ni taw. Mula-mula ok je mencekik kat luar. Tapi lama-lama, lelaki fedup. Sebab apa yang dia telan tu kenyang memang kenyang tapi takde value sebenarnya. Nikmat takde. Zero! Dari segi budget pulak, tulah gunanya perempuan tahu masak. Memang save habis duit makan kat rumah dari tiap2 hari makan kat luar. 

Sebab tu jugak lelaki yang fikirkan longterm relationship, cari awek yang tahu masak. Bab rupa letak belakang. Kalau harapkan rupa je memang tak menjamin kebahagiaan.

Dalam islam pun explain, salah 1 job isteri ialah layan suami. Maknanya dari hal 'dalam bilik' sampai ke perihal memasak. Sebab tu salah 1 cara untuk kekalkan cinta dan supaya pasangan tu bahagia. Hm.. Eh apsal bahasa aku skema ni??

Contoh :

"Amboi... Sedapnya ayang masak! Ni bertambah sayang ni.."

"Ayang masak sedap-sedap ni untuk abang.." sambil melemparkan senyuman manis.

Hah tak ke bahagia tu?
                                                                   ++++++++++++++

So cik awek sekalian, kalau nak posibility relationship kau boleh pergi jauh, sila-silalah belajar memasak. Kalau tak nanti dia lari cari lain, merana tak sudah.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...