Someday the day will come when people truly understand one another!!

on 08 May 2011

calamitousintents

















Dari komik naruto. "Apa dah besar panjang pun baca komik lagi.. Macam budak!" Mesti kau fikir gitu eh? Keh keh.. Sebab aku suka komik naruto ni dia bukan sekadar cerita tak logik yang kosong, tapi banyak persoalkan tentang kehidupan yang sentiasa buat aku berfikir. 

"Someday the day will come when people truly understand one another!" - Agak-agak kalau kita dapat memahami antara 1 sama lain, confirm aman je dunia ni kan? Takde peperangan, takde perebutan kuasa, takde salah faham. Ah tak payah tengok jauh-jauh lah. Kita tengok dunia blog je cukup dah.

Tapi rasanya mustahil kot dapat memahami antara 1 sama lain ni.. Selagi cemburu tak bertempat, tak puas hati ada dalam diri. Walaupun dah tahu perangai tu sangat busuk tapi kita tetap simpan perangai ni. Pelik tak? Hm..

Eh macam lah kau nak fikir benda-benda ni ye tak?? Keh keh! Ahh agak-agak tak tahu nak buat apa, kau bakar rokok, standby nescafe 3 in 1 then fikirkan quote tu. Mungkin quote tu dapat ubah sedikit diri kau..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...