Kenapa kena pelbagaikan entri?

on 08 May 2011

Aku kasi ringkas jelah entri ni sebab weekend. Kita nak chill, rehatkan minda. Bukan nak semakkan kepala otak. Ok berbalik pada topik. Kenapa kena pelbagaikan entri? Ada 3 sebab :

Supaya kau tak kering idea
Bila asyik post perkara yang sama je, memang kau susah nak cari idea baru pasal perkara tu. Bila dah tak dapat idea pulak, blog pun mati. Jadi nak elak tragedi pilu tu, pelbagaikan entri. 

Supaya kau dengan pembaca tak bosan 
Bila kau asyik post benda yang sama je, at the end mesti kau rasa bosan.. Rasa macam takde kebebasan bila berblog. Aku dah rasa tu. Serius tak best! Huhuh. Lagi 1 pembaca pun boring jugak bila baca benda yang sama je.  

Untuk tahu apa pembaca suka baca
Ok sebenarnya pelbagaikan entri ni boleh kata 1 cara untuk bereksperimen. Untuk tahu apa yang pembaca suka baca kat blog kau. Jadi kalau nak tahu apa demand pembaca, pelbagaikan entri.

Bonus - Kenapa pembaca lagi suka masuk web metro dari berita harian? Fikirkan..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...