Keputusan al-quran palsu

on 31 Mei 2011

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertindak segera menarik balik semua produk al-Quran elektronik dan bercetak di pasaran yang tidak mendapat kelulusan untuk dipasarkan.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata pemantauan pihaknya jelas mendapati wujud lambakan produk sedemikian secara berleluasa di pasaran seluruh negara sejak sekian lama seperti di kedai buku dan cenderamata termasuk dijual peniaga bukan Islam.

Beliau berkata, setiap patah perkataan dalam kitab suci itu tidak boleh silap kerana ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada umat-Nya yang boleh memberi pengertian berbeza.

“Kita takut ada penyelewengan dengan agenda tertentu, kena berhati-hati sebab mungkin ada pihak tertentu guna cara lain untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini,”- Berita harian

Memang patut ditarik balik.. Macam dia cakap tadi, setiap patah perkataan tak boleh silap kalau tak lain jadinya maksud ayat tu. Hm KDN KDN.. Mana hangpa ni?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...