Layanan kedai mamak lagi bagus

on 29 Mei 2011

Semalam aku update status kat fb yang mana status tu pasal layanan waiter kedai mamak. Ramai yang setuju layanan waiter kedai mamak lagi tip top dari kedai makan melayu. Proven sudah. 

Kedai mamak kalau kau tengok, customer lagilah lebat.. Even pekerja ramai pun, aku rasa setiap pekerja situ memang penat tak boleh blah punya. Tapi tapi walaupun penat tak ingat, depa tetap senyum layan customer. Sangat berbeza berbanding kedai makan melayu.

Pernah sekali tu masa aku dengan member lepak kedai melayu, sorang waiter ni datang ambik order dengan muka ketat habis. Dah macam gangster aku tengok.. Masa dia tanya 'order apa' dah macam menengking. Tu la the 1st and the last aku datang lepaking situ. Even kalau waiter tu awek cun pun, tak hingin aku datang lagi. Hahak.

Actually rata-rata kedai makan melayu aku pergi macam tulah. Jarang dapat yang betul2 ok.

Apsal jadi macam tu? Entahla.. Mungkin tak minat kerja tu. Tapi kalau tak minat awatlah ambik kerja tu? Huhuh. Bila dah tercampak dalam bidang bisnes ni kenalah ingat customer is always right, mesti bikin untung.. Cuma bila customer dapat layanan macam tu, macam mana nak bikin untung? Sah-sah depa tak datang lagi..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...