Mak bapak backup anak walaupun perangai macam setan

on 19 May 2011

Salam.. Selamat potang. Potang yang cambest hari ni. Redup je cuaca. Sampai banyak masa aku hari ni dihabiskan dengan membongkang. Blog pun tertinggal. Klempess

Mak bapak backup anak walaupun perangai macam setan - Pagi tadi aku diperdengarkan pulak dengan hal ni. 1 contoh kat sini, si anak curi duit kawan then dikantoikan oleh cikgu dia. Walaupun dah terang-terang si anak tu salah, mak bapak backup si anak ni jugak. Pasal terlalu protective cikgu tu pulak kena maki.

Walaupun perangai anak dah terang-terangang macam setan tapi mak bapak tetap backup jugak. Tapi patut ke backup anak walaupun dah terang-terang perangai anak macam tu?

Bagi aku, inilah kelemahan kalau dah terlalu sayang. Kita ingat yang kita pegang tu intan, tapi pasir. Okla mungkin aku belum jadi bapak budak lagi jadi aku tak fahamla perasaan orang ada anak ni. Tapi, yang salah tetap salah. Tak boleh nak deny.

Sikap parents macam nilah yang buat anak-anak ni pijak kepala depa 1 hari nanti. Macam cerita anakku Sazali tu. Bila anak-anak ni besar kepala nanti, parents mengelupurlah macam mana pun memang dah terlambat.

Bagi aku kalau betul sayang, hukumlah anak tu kalau memang dia salah. Supaya depa tak terlajak atau silap pilih jalan pada masa akan datang..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...