3 laptop bikin air liur meleleh

on 19 May 2011

3 kriteria aku cari dalam laptop - 1) Kemampuan untuk handle macam-macam task yang berat. 2) Senang aku nak kendong ke mana-mana. 3) Untuk gaming sebab aku kaki game.

Kalau tengok pada kondisi laptop aku sekarang ni serius laptop aku tak mampu penuhi kriteria yang aku cakap kat atas. Sabo jelah. Kalau poket aku tebal, salah 1 dari 3 laptop kat bawah nilah yang aku akan rembat. Sebab 3 kriteria yang aku nak dalam 1 laptop ada dalam 3 laptop kat bawah ni.


global laptop batteries store



















HP Envy 17 - Ada lagi 1 versi. HP Envy 3D. Tapi apsal aku tertarik dengan versi ni? 

Spec 

Processor 1.6Ghz intel core i7-720QM, 6GB ram, Hardisk 500GB, Skrin 17 inci (1920 x 1080), Grafik ATI Mobility Radeon HD 5850 (1GB), Windows 7 sebagai operating system.

Spec gempak yang memang awesomeness! Yang paling menarik kau boleh dapat spec gempak macam tu dengan harga yang tak terlalu mahal. Tak terbeliak lah mata kau dengan harga dia. Harga luar $1,300 kalau convert RM dalam 3k lebeh kot. Untuk game boleh, untuk buat kerja boleh dan ringan. Senang nak kendong ke mana-mana.


Okay geek

Macbook Pro 13 inch 2011 - Dem! Sesiapa pun mesti terliur dengan macbook ni! Sejak aku kenal apa itu laptop, aku pernah guna sekali je Macbook ni. Kesian kan? Isk..

Spec

Processor 2.3Ghz intel core i5, Ram 4GB, Hardisk 320Gb, Skrin 13 inci (1280 x 800), Grafik integrated Intel HD 3000. Operating system mestilah Mac Os X 10.6 (snow leopard)

Kalau dapat rembat Macbook ni, aku akan guna khas untuk kerja-kerja design. Kalau harapkan laptop aku ni, bukak Adobe Photoshop CS3 je pun boleh hang. Lemah semangat aku. Harga faham-faham jelah kalau dah Apple produk. Tapi berbaloi setiap sen yang kita laburkan.


Gizmag



















Asus Republic Of Gamers G73Jh - Khas untuk kaki game. Game yang best dimain of course la yang bergrafik tinggi kan? Barulah feel~

Spec

Processor 1.6Ghz intel core 17- 720QM, Ram 8GB, Hard disk 1TB, skrin 17.3 inci (1920 x 1080), Grafik ATI Mobility Radeon HD 5870 (1GB), Operating system Windows 7 Home premium.

Pergh! Dengan spec macam ni, selamba jelah layan game bergrafik tinggi! Takde sangkut-sangkut, tak hang. Untuk buat kerja pun boleh. Ringan pun ringan. Harga dalam 4k lebih kalau tak silap. Arghh.. Telan air liur jela.

                                                                   ++++++++++++++++

Lari topik sekejap. Fikir-fikir balik, adakah aku ni tak bersyukur? Hahak apa-apa pun ni cuma angan-angan. Nak kumpul duit poket selalu je bocor. Klempess
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...