Pandangan aku tentang update entri lebih 1 kali

on 06 Mei 2011

hairounaacrosstheseas

















Update lebih 1 entri sehari - Rata-rata yang aku tengok, ramai yang cuma nampak keburukkan dari kebaikkan. Ahaks..

Antara keburukkan tu :

1. Gila trafik
2. Asyik update, kualiti tak fikir

Gila trafik - Bagi aku tak betul. Kalau gila trafik baik buat entri kutuk blogger. Tak pun kutuk orang yang berpengaruh. Letak sekali nama dia dalam entri. Confirm trafik meletup.
 
Asyik update je, kualiti tak jaga - Hek eleh baru je berblog tapi dah cakap pasal kualiti.. Adakah keadaan kau sekarang ni macam Justkhai (dah ada ramai pembaca) nak cakap pasal kualiti ni?

                                                                +++++++++++++++++

Actually, kalau dah ada idea ada masa, terus je update. Buat apa nak simpan-simpan?

Selama aku berblogging ni aku perasan ada 2 jenis blogger : 1 berbakat dalam penulisan. 1 lagi takde bakat tapi kalau dilatih, ia akan jadi kemahiran. Sekarang ni cuba tengok diri tu.. Adakah kau berbakat? Kalau takde, jalan yang tinggal ialah terus update untuk mahir dalam bercerita. Update lebih 1 entri sehari ni umpama latihan penulisan. 

Sebenarnya bukan semata-mata trafik tapi nak tahu apa pembaca suka baca. Adakah depa ni cuma suka baca benda berinfo je? Adakah info tu dalam bentuk ilmiah je? Jangan lupa pembaca yang datang ke blog kita ada banyak jenis. Adakah kita boleh tahu apa pembaca suka kalau cuma sekali update je? Mungkin boleh, tapi lambat gila lah proses dia.

Kalau nak cakap pasal kualiti, bagi aku apa blogger kena buat dulu ialah mahirkan diri dalam menulis. Tak kiralah entri tu panjang atau pendek, kena tau macam mana nak sampaikan apa yang kita fikir, apa yang kita rasa pada pembaca. Dah master bab tu, barulah fikir pasal kualiti.

Apa-apa pun, terpulang.. Takde paksaan pun dalam hal ni. Kau sendiri patut tahu tahap kau macam mana dan apa yang terbaik untuk blog kau.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...