Pentingkan diri sampai menyusahkan orang lain

on 06 Mei 2011

Baru balik dari solat jumaat.. Sat gi keluar town. Nak ambik buku log yang mana dah nak masuk 3 minggu aku bagi kat supervisor aku, barulah dapat hari ni. Tapi dah bagi ni kira oklah. Cuma maklumat company tak dapat-dapat lagi ni. Alasan, tak sempat cari. Pasal depa lambat bagi buku log dengan maklumat company tu report praktikal aku ni tak siap-siap lagi. Haihhhh....

Masalah masalah.. Kalau kita yang cari masalah padan muka diri sendiri tapi kalau masalah kita orang lain yang timbulkan, bengang tak? Ngok ngek betul.

Peliknya, apa yang ada dalam fikiran orang macam ni eh? Kenapa terlalu pentingkan diri sampai menyusahkan orang lain? Kalau korang ada sikap macam ni, ubahla. Ternyata perangai ni busuk sekali. Nanti kalau orang bilang benci, jangan tanya kenapa..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...