Yang kita rindu

on 03 May 2011

Idea entri ni datang masa aku layan aiskrim pop. Jom layan! Zazzzz!

Darjah 1
























Walaweh! Kau ingat lagi tak masa kau darjah 1 dulu?? Hakhak. Masa ni kita mula kenal dengan sistem sekolah sebenar - ada jadual bertugas, ada exam. Then dapat kenal kawan-kawan baru. Aku ingat lagi masa aku darjah 1. Sekolah tak macam tadika, kecik. Pi mai pi mai tang tu jugak. Lepas aku pi toilet nak balik kelas boleh pulak tersesat! Hahak!

Lagi 1 masa ni memang cikgu-cikgu pening kepala lah pasal ada bebudak yang tak biasa lagi, keje asyik nak menangis je. Paling tak boleh blah, ada sampai terberak dalam seluar! Hadoi!

Still, zaman sekolah jugak yang best pasal kita tak payah pening-pening kepala pikir masalah duit, awek/balak ke. Kalau ada pun, kita just tahu chill dan enjoy je.

Berkhatan

Aziezah-aa
























Berkhatan! Pergh takleh blah bila ingat balik. Sebabkan cuak, pakcik aku siap pancing  - "Kalau kau sunat, confirm pompuan melekat keliling pinggang kau sok" Terus aku on! Tapi ni aku dah sunat, siap dah akil baligh lagi, takde pun pompuan keliling pinggang?? Keh keh.

Masa kena inject sakit dia bukan kepalang. 3 kali aku kena, meraung aku. Settle sunat pun tak boleh blah. Kena berbaring je. Nak bergerak tak terdaya. Time family makan besar macam ayam, yang baru lepas sunat mampu telan air liur jela. Kena pantang kalau tak bentan. Adik aku siap menganjing makan paha ayam depan aku. Sakit je hati masa tu. Nak minum air kosong pun kena sukat!

Lagi 1 takleh mandi. Yang kelakar, bila buang air kecik, dia jadi macam air yang pancut ke banyak arah tu. Ahaks!!

Aiskrim pop

anis

























Haa nila aiskrim yang aku tala petang tadi. Walaupun sekarang banyak aiskrim yang berkali ganda lagi best, aiskrim pop tetap di hati. Selalu ada jual kat kedai area kampung atau taman perumahan. Aku boleh kata aiskrim ni susah jumpa dah sekarang ni. Masa kita kecik dulu, mana-mana kedai pun boleh beli. 10 sen sebatang, patah dua guna lutut.

Gula-gula sugus

Muslimah shop

























Ni lagi 1 jajan feveret masa kecik! Gula-gula sugus! Hahah! Masa kecik dulu, 20 sen boleh dapat 4/5 biji. Ada macam-macam perasa. Paling aku suka strawberry dengan anggur. Hehe. Sambil tengok t.b sambil usap-usap sampailah gula ni cair atau kunyah-kunyah sikit terus telan. Eh sekarang ada jual lagi ke?? Merata aku cari tak jumpa pun!


Dam ular































Halamak ni mainan feveret masa kecik! Dulu family orang susah, jadi mainan yang arwah parents aku mampu belikan ialah dam ular ni. Dia macam pakej sekali, bukan takat ada dam ular tapi ada dam bola sepak dan macam-macamlah!

Paling aku bengang main benda alah ni, petak 99. Kalau masuk kat petak 99 confirm kena turun balik petak bawah. Siot je. Siap bertekak dengan adik-adik main dam ular ni. Hahak!


Cyberpet






















Hahah siapa ingat lagi menatang ni?? Yaa Digimon!! Gila hebat penangan cyberpet ni. Boleh kata budak-budak zaman 90-an dulu sorang satu digimon ni. Siap ada versi 1-5, lepas tu super digimon, digimon pendulum lepas tu makin advanced pulak siap boleh slide kad, boleh goncang-goncag bagai. Budak pompuan sekolah aku dulu pun layan menatang ni. Pergh!

Mula-mula dari telur, lepas tu bela jadi rookie, lepas tu champion, lepas tu tahap ultimate. Dapat bela menatang tu sampai tahap ultimate, memang rasa riak la. Kalau lawan, confirm senang menang. Dia siap ada cheat tu. Masa lawan kau boleh send virus la, apa la. Bapak merepek.

Bila menatang tu mati paling tak boleh blah. Siap kubur + batu nisan!

Orait cukuplah aku bebel ni. Panjang sangat tak terbaca pulak nanti. Keh keh. Jari ni pun penat dah menaip. Ok nak terjah blog member pulak.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...