Apsal kau susah nak kekalkan konsistensi update?

on 02 May 2011

























Apsal kau susah nak kekalkan konsistansi update? Aku taklah sampai setahun lagi berblog tapi dalam tempoh tu cukup rasanya untuk aku jelaskan kenapa sebab aku dah rasa.

Masalah yang menganggu konsistensi update :

1. Masalah emosi
2. Takde pendirian
3. Momentum menaip jatuh habis

Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah 3 point. Kang panjang berjela pulak entri ni.

Point 1 - Masalah emosi ni bila kau ada masalah berat sampai terganggu fikiran kau. Kalau selalu fikir benda lucah pun sama jugak. Seriuss aku tak tipu weh. Lagi 1 kalau kau dah lama takde masalah tetiba kau dapat masalah, confirm masalah emosi menyerang sebab kau menggelabah. Bila jiwa dengan fikiran dah kacau bilau, macam mana nak fikir cari idea?

Senang je nak settle. Kalau kau taknak masalah ni jadi lagi, sedaya-upaya elak buat hal yang menimbulkan masalah. 

Point 2 - Aku ada cerita pasal ni kat entri jangan jadi lalang blogger. Kau kena tahu kemampuan kau dalam berblog, bukan 100% ikut cara blogger lain. Lain blogger lain cara dia. Pendirian kena ada ok? Supaya kau tak confuse dengan blog kau sendiri. Kalau kau confuse, memang kau akan tinggalkan blog kau. Aku berani jamin!

Point 3 - Momentum menaip ni macam kau hilang semangat nak berblog. Idea ada tapi bila nak menaip tu rasa macam takde semangat. Apsal jadi gitu? Sebab kau kecewa tak dapat capai angan-angan kau.

Kau berangan nak trafik harian ribu-ribu UV sehari sedangkan ratus-ratus pun kau tak cecah lagi. Macam tu jugak dengan income blog ni. Kau bajet bulan depan dah boleh dapat ribu riban sedangkan seringgit pun tak cecah lagi. Mana boleh!! Tak realistik!! Bila tak dapat, kau kecewa. Semangat berblog kau terus hilang!

Nak settle, jangan pasang angan-angan besar sangat. Target 'ikan bilis' dulu barulah target ikan sepat ke, ikan tuna ke ataupun siakap 3 rasa. Ok?

Ok kau pulak macam mana? Macam mana kau boleh kekalkan konsistensi update? Kalau tak keberatan, kongsilah sekali. Kalau kau tak kedekut pengalamanla. Ahaks..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...