Sesuai ke isteri disamakan dengan pelacur kelas pertama?

on 05 Jun 2011

Guwa rasa pelik dan jelik bila istilah isteri kena layan suami macam pelacur kelas pertama timbul. Guwa ulang balik ye. P-E-L-A-C-U-R. Dari mana datang istilah 'bijak' ni?

Sini guwa copy sikit petikan artikal tu. Dari berita harian.

"Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. 

Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami"

                         
Gamerlimit



















Guwa belum kahwin lagi. Tapi guwa cukup alert pasal hal-hal macam ni sebab guwa pun akan berumah tangga 1 hari nanti. Guwa pun nak pasangan guwa bahagia macam guwa..  Ar? Ya ya.. Guwa memang lelaki yang caring. Tak payahlah hairan~

Tapi bila timbul istilah isteri kena layan suami macam pelacur kelas pertama cukup untuk membuatkan mata ni terbukak dan menggerakkan neuron guwa berfikir. 

Guwa faham yang keluarkan statement tu nak cuma nak sampaikan metafora yang mana isteri kena layan suami se-'world' yang boleh sama macam pelacur layan customer. Tapi tak patutler guna istilah pelacur tu.  This is married thing. Bukan bisnes haram. Kan berbeza tu.

Ayat kedua guwa bold tu, seolah-olah menyuruh mereka yang dah berkahwin melanggar batas hubungan seks. Ini tidak masuk akal sama sekali. Guwa kata macam tu sebab kita sebagai umat islam ada batas kena jaga dalam hubungan seks ni. Guwa tak kelentong k? Tak percaya google lah. Seronok memang seronok tapi kita ada batas kena jaga. 

Lagi 1, kotla suami tu jenis gelojoh + ganas, yang menderita terseksa sini isteri. So yang puas, happy suami je. Sebelah pihak menderita. Kejadah? Sedangkan seks tu untuk kepuasan dan kebahagian kedua-dua pihak. Bukan untuk 1 pihak je.

Kesimpulan, artikal tu - EPIC FAILED!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...