Dei! Bukti mana daa???

on 23 Julai 2011

Tengah duk termenung, tiba-tiba aku terfikir akan 1 sikap manusia ni.. Suka benor 'menyerang' tapi bukti? Takde! Sekadar pacak ayat pedas menikam jiwa, tanpa sebab yang munasabah/bukti lepas tu senyap terus.. Hilang macam tu je.

Hurm entri ni for sure jadi serius sedangkan aku tak nak jadi begitu.. Dermm

Antara contoh 'serangan' tanpa bukti :

"Si timah tu aku tengok selalu balik lewat malam.. Ni tak lain tak bukan mesti merewang dengan jantan.."

"Bro, setakat entri copy paste lu tak payah bising la.. Kalau iye pun kasila backlink pada yang berhak.." 

Tu antara contohla (tapi contoh no.2 selalu terjadi).. Kiranya aku nak bagi korang fahamlah macam mana 'serangan' tanpa bukti ni.. Hurmm.. Eh, apsal aku tak cakap main tuduh je? Hadoi.. Hahaha..

Geng, tak bolehla ini macam.. Selamba main tuduh je. Tuduh kan macam fitnah. Dosa fitnah kita sendiri pun tahu apa dia kan..

Apa yang aku kesalkan, sampai dalam blog pun fitnah ni berleluasa. Adeh.. Aku percaya, majoriti yang berblog nak berblog dengan tenang dan happy.. Barulah seronok berblog kan.. Tak nak ada kacau bilau macam ni. Jadi yang suka tuduh menuduh ni, jangan buat hal la..

Hal macam ni pun cuma perlu common sense je.. Tak payah pening-pening fikir. Cuba kalau kita dituduh, sah-sah kita menyirap punya..

Tak kiralah ayat tu pedas ke hape, yang penting sebelum nak 'ceramah' orang, check dulu bukti, ada sebab yang kukuh atau tak. Dah cukup semua, double check! Orang kata terlajak kata, tak boleh undur balik..

Ok? Lain kali jangan buat lagi taw? Hmm? Nanti mak marah
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...