Gambar Zarina Anjoulie Lavocah Bertunang

on 26 Julai 2011

Gambar artis zarina anjoulie lavocah bertunang. Eh dah bertunang rupanya zarina ni.. Eh dia ni ke pelakon pontianak tu?

Sedikit petikan dari ohbulan pasal pertunangan dia :

“Lovin my new engagement ring. I aint much but its something 2 me. Love u ” – @Zrina_Anjulie

Itulah kata-kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, 24 di laman Twitternya setelah sah mengikatkan tali pertunangannya secara senyap baru-baru ini. 

Kali ini juga, anda dapat melihat sendiri Zarina Anjoulie dalam versi bertudung, lebih cantik dilihat begitu. Mungkinkah pertunangan ini sebagai petanda bahawa dirinya akan berubah, atau lebih hebat dengan kontroversi?

Baru-baru ini, Zarina Anjoulie ada meluahkan isi hatinya mengenai isu seksi sehingga sering menjadi sasaran pelbagai pihak yang jelik dengan sikapnya. Malah, kisah kontroversi gambar bogelnya yang tersebar 5 tahun lepas kerap dijadikan isu yang dikorek semula.

Zarina berkata, dia kecewa apabila sesetengah media sengaja memainkan isu supaya masyarakat membenci dirinya. Sedangkan, apabila di luar, ramai juga orang yang terdiri daripada kakak-kakak, orang yang bertudung atau berkahwin mendekati dirinya.

Pandangan aku : Everybody deserve second chance. Sudah-sudahlah memburukkan orang lain..
























Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...