Denda ponteng puasa tahun ni lagi awesome

on 26 Julai 2011

Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa dah kita ek.. Kelajuan betul masa berjalan. Rasa macam baru je semalam puasa tahun lepas habis kan? Ke aku je yang rasa macam tu.. Hee

Puasa.. Nampak mudah untuk dilaksanakan. Tapi apsal ramai kantoi? Tolak ketepi musafir dengan perempuan dalam hal ni.. Kantoi maksud aku mereka yang sengaja ponteng. Alasan tak laratlah, apalah itulah inilah..

Pelik ke mengada? Atau rasa puasa ni leceh? Entahlah.. Puasa bukan kena straight sebulan lepas tu baru berbuka.. Tapi sehari je. Tu pun nak ponteng ka? Teringat masa aku study dulu.. Adalah 1-2 member2 kat hostel dulu, ponteng puasa semata-mata kerana nak merokok! Sangap katanya!

Lagi 1 masa puasa nanti, confirm ada kedai makan yang mana peniaganya islam akan berniaga waktu berpuasa. Confirm punya.. Lagi untung berniaga waktu puasa katanya.. Peniaga pun sah2 la tak puasa. Aih aku mengeleng jela. Nak tegur, aku rasa aku tak layak nak tegur.. Kalau ditegur pun diaorang pasti melenting balik..

Hurmm kita ni, suka sangat buat sesuatu yang mana keseronokkan dan nikmat tu untuk 1 tempoh yang sekejap je.. Berbaloi ke? Untuk keseronokkan/nikmat yang sekejap tu dibalas dengan hukuman kat akhirat nanti yang makan beribu tahun tempoh pembalasannya?

Sekarang ni ada denda baru untuk yang ponteng puasa. Good.. Hehe.. Tapi kalau ada yang berani ponteng puasa jugak tak tahulah nak kata apa lagi kan.

Nak tahu denda apa klik sini
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...