Permohonan Kemasukan Ke Uitm Semester 2 2011/ 2012

on 01 Julai 2011

Cara permohonan kemasukan ke uitm bagi semester 2 2011/ 2012. Permohonan ke uitm telah dibuka pada hari ini iaitu 1 julai 2011.


Cara memohon melalui aplikasi dalam talian (online application)

1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).

2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 1 Julai 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari.

3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

5. Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Untuk maklumat lanjut, layari - www.online.uitm.edu.my

Google : permohonan kemasukan ke uitm bagi semester 2 2011/ 2012, cara memohon ke uitm bagi kemasukan september 2011, e-permohonan uitm kemasukan september 2011, rayuan permohonan ke uitm kemasukan september 2011
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...