Aku pasti baca 8 blog ni kalau ada entri baru

on 07 Ogos 2011


















Hey good afternoon everyone..

Hurmm.. Aku terfikir nak taip entri ni masa aku tengah berak 2 hari lepas yang mana masa aku tengah mencangkung tu, tetiba je term 'reading list' pop up dalam fikiran aku..

Reading list bagi aku bukan blog yang kita senaraikan kat sidebar.. Yang kita tepek kat sidebar tu, biasanya untuk possibility pertukaran pembaca berlaku untuk blog kita. Jadi apa bendanya reading list ni? Reading list pada aku ialah bahan bacaan dari beberapa blog feveret pilihan sendiri.. Dan list tu akan berubah dari semasa ke semasa. Dan kita jarang komen dalam reading list ni. Tu pada aku la.. Hee

                                                                      +++++++++

Berbalik pada tajuk. So sini aku nak share reading list a.k.a blog aku pasti baca bila ada entri baru dengan korang semua. As a return, korang share pulak reading list korang dengan aku.. Kalau nakla.. So without further ado, nilah dia reading list aku termasuk beberapa blog femes : 
Aku suka baca kisah kejadian yang berlaku kat seluruh dunia.. Sangat menarik bagi aku. Kalau korang jenis sama macam aku, then aku amat recommend blog ni dimasukkan dalam reading list korang. Well, dengan pageview blog ni dah lebih 23 juta, this is great blog. Dan blog ni paling lama bertahan dalam reading list aku. Kewl~  

Nurul cakap cakap
One of great personal blog pada pandangan aku. Tapi blog ni aku rasa macam kurang dikenali. Mungkin sebab jarang update kot.. Hurm gaya penyampaian yang outspoken, dan hati kering.. Contohnya pasal perhimpunan bersih bulan lepas.. Minah ni ada kat sana siut.. Really awesomelah blogger ni! Dan sangat comel! Har Har 

Terbang tinggi tinggi
Aku rasa ramai dah tahu pasal blog lawak lucah ni.. Hehe.. Pada yang tak tahu, ni blog lawak lucah. Tapi lucah tu sikit2 jela. Lawak yang lebih. Hurmm.. Ahh malaslah aku nak cerita panjang lebar pasal blog ni.. Korang terjah blog ni dan nilaikan sendiri.. Heh heh heh.. 





















Realiti Konspirasi
The living legend. Tak perlu terangkan pun pasal blog ni. 

Cursing Malay
1 lagi blog yang best. Khas untuk orang yang suka berfikir. Well, penulis blog ada bawak masuk isu politik tapi kalau korang tak minat politik macam aku, ada banyak lagi entri lain yang best.. Penulisan dia mampu membuatkan kita berfikir. Hurmm this man actually thinks before he writes.. Great blog~   

The other khairul
Bagi aku setiap entri dari blog ni ialah masterpiece. Terbaik dowh.. Penulisan dia ada perasaan.. Setiap isu yang dia utarakan sangat menarik. Great blog! Fakta : Ramai gegurl suka baca blog ni. Mungkin sebab banyak bawak isu love eww eww kot?

Cik epal 
Ramai jugak dah tahu pasal blog ni. Hurmm ramai tertanya-tanya.. Macam mana blog cik epal yang dikatakan takde ilmiah, takde info ni boleh ada ramai pembaca? Jawapan dia simple je.. Majoriti orang datang baca blog ni, sebab nak berhibur.. Lagipun kebanyakkan entri dia, bersifat general. Tu pasallah blog cik epal ni ada ramai pembaca.. Semudah itu je~ 

Namee Roslan
Gosh.. Ramainya gegurl yang ada talent mengarang (dan aku rasa sangat jeles).. Makcik namee ni pun termasuk dalam kategori tu. Jarang bercerita pasal life dia. Dia lebih bercerita kepada apa yang dia fikir.. Gaya penyampaian yang kreatif, outspoken, dan ada identiti sendiri. Best best. Kalau selalu update memang femes blog ni.

                                                                         +++++++++++

So tu lah dia 8 blog aku pasti baca kalau ada entri baru. Apa-apa pun, blog ni aku pilih sebab ada ciri2 yang aku suka : ada info, lawak, ada identiti dan boleh buat aku berfikir. Jadi macam mana pulak dengan blog yang korang pasti baca bila ada entri baru? Mind to share with me?
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

cik ungu berkata...

blog fatin liyana best gak.
ayat dia sempoi je. ringan.
ngehh


17 Disember, 2011

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...