Info bonus gaji kakitangan kerajaan awam untuk tahun 2011 :
Kerajaan akan membayar bonus kepada penjawat awam setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas, RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat
pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam
satu kenyataan hari ini. Katanya bonus itu adalah bagi menghargai
sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan
pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan
berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban
penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat
persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Ini menunjukkan bahawa kerajaan
sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan
pesara kerajaan.
Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan
kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib. Katanya pemberian bonus dan bayaran khas
itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000
pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Google : bonus kakitangan kerajaan 2011, bonus kakitangan awam 2011
Sumber : faizal fredley
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan